Penafian

SMK Petra Jaya tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan individu semata-mata dan bukan pandangan SMK Petra Jaya.

Profil SMK Petra Jaya

VISI
Sekolah Menengah Kebangsaaan Petra Jaya akan menjadi sekolah cemerlang senantiasa

MISI
Melahirkan pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik, kokurikulum, sahsiah dan jasmani melalui aktiviti yang menarik dan berkesan


IKRAR 
SMK Petra Jaya

Komited menyediakan pendidikan berkualisi dan terbaik kepada anak didik dengan memeberikan peluang seluas-luasnya demi memperkembang potensi individu selaras dengan 
Falsafah Pendidikan Kebangsaan. SMK Petra Jaya mempunyai kebolehan dan keupayaan serta komitmen untuk menyediakan pendidikan berkualiti dan terbaik kepada setiap anak didik yang diamanahkan kepada kami.

SEJARAH SEKOLAH
Bangunan SMK Petra Jaya mula dibina pada 16 Jun 1980.  Sekolah ini beroperasi di bangunan sementara di SRK Encik Buyong pada bulan Januari 1981.  Pada awal tahun 1982, SMK Petra Jaya berpindah ke bangunan baru di kawasan seluas 12.07 ekar.
Pembukaan rasmi SMK Petra Jaya telah disempurnakan oleh Pemangku Tuan Yang Terutama, Yang Di-Pertua Negeri  Sarawak, Datuk Amar Abang Haji Marzuki Nor pada 17 Ogos 1982(Selasa).
SMK Petra Jaya pada mulanya hanya menempatkan pelajar tingkatan menengah rendah seramai 552 orang pelajar yang majoritinya penuntut Melayu.  Guru pula seramai 21 orang.  Pengetua pertama yang memimpin SMK Petra Jaya  ialah Encik Ahmad Bin Sabu.  Pada tahun 2005 bilangan pelajar sekolah ini meningkat kepada 1631 orang dan guru pula seramai 85 orang serta dibantu oleh staf sokongan seramai 16 orang.  Sehingga 2009 sekolah ini telah diterajui oleh 14 orang pengetua.
Pada 17 Ogos 2005, SMK Petra Jaya meraikan Perayaan Jubli Perak yang dirasmikan oleh Yang Berhormat Datin Hajah Fatimah Abullah, Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri bertanggungjawab tentang Sumber Manusia dan Latihan dan Menteri Muda Pertanian yang juga merupakan mantan Pengetua SMK Petra Jaya.
SMK Petra Jaya mula beroperasi satu sesi iaitu sesi pagi pada tahun 2003.  Pada tahun 2008 bilangan pelajar seramai 1472 orang dan mempunyai 46 buah kelas.  Warga staf guru seramai 99 orang dan dibantu oleh 15 orang warga staf sokongan. 

SENARAI NAMA PENGETUA



NAMA PENGETUA
TEMPOH
1
EN AHMAD BIN SABU
01/01/81-30/09/82
2
EN SEPAWI BIN ALWIE
01/10/82-31/07/83
3
EN ISHAK BIN HASHIM
01/08/83-31/12/84
4
EN AHMAD BIN SABU
01/01/85-31/01/87
5
PN FATIMAH BT MATAIR
01/02/87-03/05/92
6
PN HJH.FATIMAH ABDULLAH
01/06/92-30/09/93
7
PN AMINAH BT HJ SAPAWI
16/11/93-31/08/94
8
EN AWANG DEWA BIN AWANG MAHRAN
01/02/95-15/11/95
9
PN HJH.FATIMAH ABDULLAH
01/12/95-31/03/96
10
PN FATIMAH BT LET
01/04/96-01/05/96
11
EN BUJANG HJ SULAIMAN
02/05/96-31/12/97
12
PN FATIMAH BT MATAIR
01/01/98-31/05/01
13
PN MASTURA BT HJ ANUAR
01/06/01-30/04/06
14
EN ABDUL RADZAK BIN ISMAIL
30/04/06-SEKARANG